Ahad, 23 April 2017

10 Tempat Menarik Di Negeri Kedah Darul Aman

10 Tempat Menarik Di Negeri Kedah Darul Aman

Negeri Kedah atau nama panggilannya yang terkenal di Malaysia iaitu negeri jelapang padi mempunyai banyak tempat-tempat menarik...Sebagai orang kedah..hari ni saya nak hampa tau tempat yang menarik kat negeri kedah ni..Untuk sapa-sapa nak bawa keluarga untuk pergi bercuti saya cadangkan tempat ni untuk hampa pi melawat..


1. Masjid Zahir



Masjid ini tersenarai antara 10 Masjid tercantik di seluruh dunia. Reka bentuknya adalah sangat
berseni dan merupakan masjid yang paling lama bertapak di Alor Setar sejak  1912 Jika dilihat
pada bentuk masjid ianya menyerupai Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang

Destinasi nya terletak didalam bandar dan hanya berhadapan dengan bangunan pentadbiran
kerajaan Negeri dan Alor Setar I-City.

2. Menara Alor Setar



Menara ini juga adalah di gunakan sebagai menara komunikasi dan merupakan antara menara
tertinggi di Malaysia. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 10 malam dan harga masuk bagi
dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4.

RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA
Konsep Restoran adalah sama seperti restoran berputar Menara KL, Tempat makanan adalah
sangat menarik sambil boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar,

OBSERVATION AREA
Terletak 5 Teropong/ Binokular automatik membolehkan anda melihat pemandangan yang jauh.
Jika anda berkunjung ke Alor Setar menara ini adalah termasuk didalam tempat wajib harus di
kunjungi.
3. Muzium Padi



Terletak kira-kira 10 Kilometer daripada bandar Alor Setar dan ianya siap dibina pada tahun 2014,
ianya menawarkan pameran berinformasi tentang tanaman padi yang asal sejak dari zaman dahulu.
selain daripada pameran di atas muzium padi kedah ini terletaknya satu aras yang berpusing 360
darjah, yang menunjukkan sekitar sawah padi.

4. Gunung Jerai



Bagi mereka yang mahukan percutian di kedah ke kawasan yang nyaman dan sejuk bolehlah singgah
di Gunung Jerai. Pemandangan disini adalah sangat cantik dan indah dan di hiasi dengan sawah padi
yang luas terbentang.

5. Ladang Anggur



Ladang Anggur Tasik Beris - Destinasi Agro Perlancongan Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris adalah merupakan Ikon baru negeri Kedah dan daerah Sik Khususnya.
ia juga adalah merupakan satu tempat untuk di lawati yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai
destinasi Agro-Pelancongan.

Ladang ini berkeluasan 34 ekar dan setiap tahun boleh menghasilkan 3.5tan anggur segar. Jika mahu
membeli produk buah anggur disini atau terus dari kilang seperti kordial atau jem, bolehlah kiranya
membawa keluarga melawat ke sini di Sik Kedah.

Terdapat empat jenis Buah anggur yang ditanam disini.

- BLACK OPAL
- BLACK GRAPE
- WHITE MALAGA
- LOOSE PELITE

6. Pantai Merdeka



Pantai Merdeka dan Tanjung dawai adalah antara destinasi popular di kedah, ianya juga ada di
kaitkan dengan lagu rock yang popular “ Cinta Pantai Merdeka &ldquo. Sekiranya anda ingin melihat tempat menarik menarik di kedah di tepi pantai maka inilah tempat
yang paling sesuai.

7. Ulu Legong

Add caption


Destinasi kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 km dari baling dan merupakan salah satu
tempat tumpuan pelancong yang terkenal di kedah dan tempat dibuka di buka 24 Jam sehari
Ulu Legong Hot Spring diselenggarakan oleh jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah
Baling dan mempunyai 5 buah kolam air panas dimana mengandungi kandungan sulfur di dalam
air dan suhu adalah di antara 30-60 Darjah celcius.

Dengan kandungan air panas yang semulajadi, adalah dipercayai ianya boleh mengubat penyakit
kulit dan juga bagus untuk kesihatan.

Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong ialah RM6 warga tempatan dewasa dan RM 3 kanak-
kanak warga tempatan, manakala Warga asing RM10 Dewasa dan RM6 Kanak2. OKU dan Warga
Emas adalah RM4.

Penginapan Chalet disini juga merangkumi pelbagai jenis mengikut perbelanjaan anda, sama ada
bajet, yang mewah dan boleh juga secara Camping. ( Khemah ).

8. The Carnival



Taman Tema air yang paling popular di Kedah terletak di Cinta Sayang & Country Golf Resort,
Sungai Petani. Jika anda penggemar sukan Golf bolehlah juga membawa keluarga bercuti disini.
Di samping itu juga Carnival Water & Theme Par, mula di buka pada tahun 2006 dengan kos bina sebanyak RM2 Juta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini sambil beriadah bersama keluarga & rakan.

DISCOVERY ISLAND
Mempunyai kawasan permainan seperti The Sand Pit, Jungle Playground, The River Bar dan
bermacam-macam lagi termasuk taman air kolam yang cetek dan gelongsor untuk kanak-kanak.

KOLAM OMBAK BUATAN
Kolam air yang mempunyai ombak buatan sesuai untuk pengunjung dewasa merasai pengalaman
bermain dengan ombak besar. ia untuk aktiviti mencabar untuk orang dewasa dan remaja

RIVER OF ADVENTURE
Menaiki tube mandi, Berehat dan baring sambil berkuak di sepanjang 300 meter sungai buatan

WATERSLIDE
Aktiviti terjun dan slide bermula dari menara setinggi 15 meter dan panjang lorong slide adalah
140 meter.

The Carnival boleh diibaratkan sebagai satu tempat taman tema menarik di kedah seperti juga di
Gambang Waterpark Pahang dan juga taman tema yang lain.

9. Pekan Rabu



Terletak tidak jauh daripada Menara Alor Setar, Kompleks Pekan Rabu adalah tempat untuk membeli
belah di Alor Setar yang unik untuk di terjah oleh pengunjung dan juga pelancong. Disini anda boleh
mencari pelbagai jenis  makanan tradisional Orang Kedah antaranya contoh seperti Kuih Muih, Kerepek, Kuah Rojak, Ikan Pekasam, dan sebagainya

Selain makanan banyak juga barangan lain di kompleks ini termasuk kedai buku, hiasan, pakaian dan
juga lain-lain barangan harian.

10. Galeri Rumah Tun Mahathir



Antara Destinasi bersejarah di Alor Setar Kedah adalah Galeri Rumah Kelahiran Perdana Menteri
ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. di sini banyak maklumat berguna dan bersejarah
selain daripada galeri bergambar mengenai Dr Mahathir.

Galeri di sini banyak menceritakan kehidupan Tun Dr Mahathir dari kecil, menjadi doktor di alor
setar, menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang.

Didalam satu lagi bangunan disini, anda boleh melihat dan mempelajari dengan dekat karier tun
sebagai ahli politik bermula dari ahli UMNO di kedah sehinggalah ke hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981.

Sabtu, 22 April 2017

Destinasi Menarik Untuk Berbulan Madu Di Malaysia

Destinasi Menarik Untuk Berbulan Madu Di Malaysia


Kepada yang baru mendirikan rumah tangga mesti akan mengidamkan untuk berbulan madu di tempat-tempat yang indah kan...mesti la..jangan nak tipu..tamba-tamba lagi kepada kaum hawa..hahaha..ia la kan sebab itu la momen-momen indah sesebuah pasangan rumah tangga..Ha..ni dia saya rekomenkan tempat-tempat yang menarik untuk pasangan berumahtangga untuk berbulan madu...


1. Pulau Langkawi


tempat honeymoon paling romantis di Malaysia


Terdapat banyak lokasi di pantai ini untuk menikmati bulan madu dan penuh privasi. Pulau Langkawi memiliki pantai yang indah, kamu bisa menikmati pemandangan laut yang luar biasa.

2. Mabul Water Bungalows





















tempat honeymoon paling romantis di Malaysia

Tempat ini terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah. Tempat ini dinobatkan sebagai salah satu the best dive bases in the world karena kejernihan airnya. Dekorasi gaya modern di villa terapung ini menjadikannya semakin terlihat indah dan segar.

3. Cameron Highlands

tempat honeymoon paling romantis di Malaysia

Cameron Highlands merupakan tempat yang cocok untuk pasangan yang menyukai aktivitas di luar dengan udara yang sangat sejuk dan segar. Resort ini terletak di ketinggian 4900-5900 meter diatas permukaan laut.

4. Bukit Tinggi
tempat honeymoon paling romantis di Malaysia
Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort terletak berdekatan dengan Genting Highlands. Tempat bulan madu ini terkenal dengan kampung yang bertema Perancis, Colmar Tropicale. Tempat ini sangat sesuai untuk pasangan suami istri yang suka dengan suasana romantis, santai dan privasi.
5. Tanjung Aru
tempat honeymoon paling romantis di Malaysia

























Pantai Tanjung Aru terletak lebih kurang 15 menit perjalanan dari kota Kinabalu. Pantai ini sangat cocok untuk honeymoon romantis bersama pasangan. Selain istirahat dan mandi, kamu juga bisa mencoba untuk menunggang kuda.
6. Sipadan Water Village
tempat honeymoon paling romantis di Malaysia























Tempat ini menawarkan suasana yang romantis untuk pasangan suami istri. Dengan air laut yang sangat jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik menjadikan resort ini sangat cocok untuk honeymoon

7. Gayana & Bunga Raya Eco Resort





















tempat honeymoon paling romantis di Malaysia

Resort ini terletak di Pulau Gaya. Dari resort ini puncak Gunung Kinabalu terlihat sangat jelas dari kejauhan. Resort ini juga menawarkan SPA dengan menggabungkan perawatan cara barat dan perawatan cara timur.

Rabu, 19 April 2017

10 Pantai Tercantik Dan Menarik Di Malaysia


10 Pantai Tercantik Dan Menarik Di Malaysia


Bagi yang kaki tarvel tu, atau ibu bapa yang nak bercuti dengan anak-anak mesti tercari-cari tempat nak bercuti kan...Ha...Kali ni saya nak senaraikan tempat atau pantai atau pulau yang menarik dan tercantik untuk korang pergi bercuti..Jadi apa tunggu lagi pilih ja...


1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang


Image result for pantai juara pulau tioman


Image result for pantai juara pulau tioman


Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.
Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.




2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu


perhentian-01



perhentian-02

Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.
Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.

3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah


IMG_8405

langkawi-tanjung-rhu-resort-langkawi-297765_1000_560

Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.
Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.

4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah


2012-09-03 09.24.46

DSCN1476

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.
Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik.

5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah


DSC00500

DSC00836

Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.
Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.
Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.

6. Pantai Pulau Manukan , Sabah


ho_03.3

ho_03.2

Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort.

7. Pantai Pulau Sapi, Sabah


2013-03-27 12.29.15

2013-03-27 09.09.39

Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.
Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang.

8. Pantai Pulau Mabul, Sabah

mabul-pulau-cantik

Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.
Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.
Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju.

9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor

SONY DSC

SONY DSC

Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.
Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan.

10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu


1280px-Redang_Island_Bridge

1280px-Pasir_Panjang

Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini.
Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang.