Ahad, 23 April 2017

10 Tempat Menarik Di Negeri Kedah Darul Aman

10 Tempat Menarik Di Negeri Kedah Darul Aman

Negeri Kedah atau nama panggilannya yang terkenal di Malaysia iaitu negeri jelapang padi mempunyai banyak tempat-tempat menarik...Sebagai orang kedah..hari ni saya nak hampa tau tempat yang menarik kat negeri kedah ni..Untuk sapa-sapa nak bawa keluarga untuk pergi bercuti saya cadangkan tempat ni untuk hampa pi melawat..


1. Masjid Zahir



Masjid ini tersenarai antara 10 Masjid tercantik di seluruh dunia. Reka bentuknya adalah sangat
berseni dan merupakan masjid yang paling lama bertapak di Alor Setar sejak  1912 Jika dilihat
pada bentuk masjid ianya menyerupai Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang

Destinasi nya terletak didalam bandar dan hanya berhadapan dengan bangunan pentadbiran
kerajaan Negeri dan Alor Setar I-City.

2. Menara Alor Setar



Menara ini juga adalah di gunakan sebagai menara komunikasi dan merupakan antara menara
tertinggi di Malaysia. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 10 malam dan harga masuk bagi
dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4.

RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA
Konsep Restoran adalah sama seperti restoran berputar Menara KL, Tempat makanan adalah
sangat menarik sambil boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar,

OBSERVATION AREA
Terletak 5 Teropong/ Binokular automatik membolehkan anda melihat pemandangan yang jauh.
Jika anda berkunjung ke Alor Setar menara ini adalah termasuk didalam tempat wajib harus di
kunjungi.
3. Muzium Padi



Terletak kira-kira 10 Kilometer daripada bandar Alor Setar dan ianya siap dibina pada tahun 2014,
ianya menawarkan pameran berinformasi tentang tanaman padi yang asal sejak dari zaman dahulu.
selain daripada pameran di atas muzium padi kedah ini terletaknya satu aras yang berpusing 360
darjah, yang menunjukkan sekitar sawah padi.

4. Gunung Jerai



Bagi mereka yang mahukan percutian di kedah ke kawasan yang nyaman dan sejuk bolehlah singgah
di Gunung Jerai. Pemandangan disini adalah sangat cantik dan indah dan di hiasi dengan sawah padi
yang luas terbentang.

5. Ladang Anggur



Ladang Anggur Tasik Beris - Destinasi Agro Perlancongan Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris adalah merupakan Ikon baru negeri Kedah dan daerah Sik Khususnya.
ia juga adalah merupakan satu tempat untuk di lawati yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai
destinasi Agro-Pelancongan.

Ladang ini berkeluasan 34 ekar dan setiap tahun boleh menghasilkan 3.5tan anggur segar. Jika mahu
membeli produk buah anggur disini atau terus dari kilang seperti kordial atau jem, bolehlah kiranya
membawa keluarga melawat ke sini di Sik Kedah.

Terdapat empat jenis Buah anggur yang ditanam disini.

- BLACK OPAL
- BLACK GRAPE
- WHITE MALAGA
- LOOSE PELITE

6. Pantai Merdeka



Pantai Merdeka dan Tanjung dawai adalah antara destinasi popular di kedah, ianya juga ada di
kaitkan dengan lagu rock yang popular “ Cinta Pantai Merdeka &ldquo. Sekiranya anda ingin melihat tempat menarik menarik di kedah di tepi pantai maka inilah tempat
yang paling sesuai.

7. Ulu Legong

Add caption


Destinasi kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 km dari baling dan merupakan salah satu
tempat tumpuan pelancong yang terkenal di kedah dan tempat dibuka di buka 24 Jam sehari
Ulu Legong Hot Spring diselenggarakan oleh jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah
Baling dan mempunyai 5 buah kolam air panas dimana mengandungi kandungan sulfur di dalam
air dan suhu adalah di antara 30-60 Darjah celcius.

Dengan kandungan air panas yang semulajadi, adalah dipercayai ianya boleh mengubat penyakit
kulit dan juga bagus untuk kesihatan.

Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong ialah RM6 warga tempatan dewasa dan RM 3 kanak-
kanak warga tempatan, manakala Warga asing RM10 Dewasa dan RM6 Kanak2. OKU dan Warga
Emas adalah RM4.

Penginapan Chalet disini juga merangkumi pelbagai jenis mengikut perbelanjaan anda, sama ada
bajet, yang mewah dan boleh juga secara Camping. ( Khemah ).

8. The Carnival



Taman Tema air yang paling popular di Kedah terletak di Cinta Sayang & Country Golf Resort,
Sungai Petani. Jika anda penggemar sukan Golf bolehlah juga membawa keluarga bercuti disini.
Di samping itu juga Carnival Water & Theme Par, mula di buka pada tahun 2006 dengan kos bina sebanyak RM2 Juta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini sambil beriadah bersama keluarga & rakan.

DISCOVERY ISLAND
Mempunyai kawasan permainan seperti The Sand Pit, Jungle Playground, The River Bar dan
bermacam-macam lagi termasuk taman air kolam yang cetek dan gelongsor untuk kanak-kanak.

KOLAM OMBAK BUATAN
Kolam air yang mempunyai ombak buatan sesuai untuk pengunjung dewasa merasai pengalaman
bermain dengan ombak besar. ia untuk aktiviti mencabar untuk orang dewasa dan remaja

RIVER OF ADVENTURE
Menaiki tube mandi, Berehat dan baring sambil berkuak di sepanjang 300 meter sungai buatan

WATERSLIDE
Aktiviti terjun dan slide bermula dari menara setinggi 15 meter dan panjang lorong slide adalah
140 meter.

The Carnival boleh diibaratkan sebagai satu tempat taman tema menarik di kedah seperti juga di
Gambang Waterpark Pahang dan juga taman tema yang lain.

9. Pekan Rabu



Terletak tidak jauh daripada Menara Alor Setar, Kompleks Pekan Rabu adalah tempat untuk membeli
belah di Alor Setar yang unik untuk di terjah oleh pengunjung dan juga pelancong. Disini anda boleh
mencari pelbagai jenis  makanan tradisional Orang Kedah antaranya contoh seperti Kuih Muih, Kerepek, Kuah Rojak, Ikan Pekasam, dan sebagainya

Selain makanan banyak juga barangan lain di kompleks ini termasuk kedai buku, hiasan, pakaian dan
juga lain-lain barangan harian.

10. Galeri Rumah Tun Mahathir



Antara Destinasi bersejarah di Alor Setar Kedah adalah Galeri Rumah Kelahiran Perdana Menteri
ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. di sini banyak maklumat berguna dan bersejarah
selain daripada galeri bergambar mengenai Dr Mahathir.

Galeri di sini banyak menceritakan kehidupan Tun Dr Mahathir dari kecil, menjadi doktor di alor
setar, menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang.

Didalam satu lagi bangunan disini, anda boleh melihat dan mempelajari dengan dekat karier tun
sebagai ahli politik bermula dari ahli UMNO di kedah sehinggalah ke hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan